Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010




Dalam sedar atau tidak kita telah meninggalkan tahun 2009 dengan seribu kenangan samada pahit atau manis. suka atau duka. Apepun selamat datang tahun 2010 dan selamat tinggal tahun 2009. Segala kenangan sepanjang 2009 akan kita simpan. Hidup mesti diteruskan, Semoga kedatangan 2010 akan membuat kita lebih ceria dan bersemangat. Kepada cikgu2 & murid2.. Sekolah akan di buka semula. Cuti dah abis.. keje.. keje.. keje.. wei.. :)

Ahad, 22 November 2009

MUSIM CUTI SEKOLAH TIBA LAGI..


Bermula 21 November 2009 semua sekolah telah mula bercuti. Inilah saat yang amat di tunggu oleh murid2( guru pOn same jer). Di ucapkan selamat bercuti kepada semua. Pandai2lah jaga diri dan keselamatan. Wokey.. Have a nice holiday.... Cheers..

Rabu, 18 November 2009

1000 BARU JUMPA 1

Gambar ni sebenarnya menunjukkan sebuah kapalterbang kena sambar dek petir.. memang real lah.. tak taulah kalau ada super impose @ sebagainya mainan komputer. tapi memang menarik juga dilihat.. Tapi sayang update ke blog, gambar x gerak lah pulook.. apepOn, thanks to isuhangat..

Rabu, 4 November 2009

CUACA YANG SUKAR DI RAMAL..











Kebiasaannya, setiap hujung tahun cuaca yang panas akan bertukar mendung, lembap, dan hujan.. Begitu juga pada tahun ini. Di pagi hari, cuaca elok, tengahari bertukar panas, petang hujan. Boleh di katakan setiap hari ( bulan 11/09) berlaku keadaan cuaca yang sama. Hendak diramal pun kadang2 'kureng' tepat.. So, Sama-samalah kita menjaga kesihatan, kebersihan sepanjang musim tengkujuh yang akan tiba. ( nota: UNTUK PERINGATAN BERSAMA)

Isnin, 2 November 2009

PERNAHKAH ANDA BERASA SERAM???




Beberapa hari yang lepas, saya telah bermimpi sesuatu yang menyeramkan.. tak taulah ape yang masuk dalam mimpi saya tu. bermacam-macam bentuk, rupa yang ada. Sehinggakan saya terkejut dari tidur yang lena di dinihari.. ( dlm pkul 2/3 pagi) Setelah bangun dan mengucap, saya rasa sangat seram yang amat seram.. huh, minta dijauhkan dari jumpa 'benda' yang sebenarnya.. Kepada sesiapa yang pernah mengalami peristiwa seram bolehlah kiranya kita berkongsi cerita. ( gambar :sebagai hiasan sahaja, tiada kena-mengena dengan mimpi saya) NAUZUBILLAH...

Khamis, 29 Oktober 2009

Biar ramai kawan, jangan ramai musuh..


Sengaja upload gambar ni. Bukan ape, bila tengok lama-lama gambar ni, tetiba terfikir, kalau kita ramai kawan, mesti seronok macam dalam gambar ni (walaupun gambar kartun). Justeru, biarlah kita ramai kawan dan jangan ramai musuh.. cheers.. :)

Sabtu, 3 Oktober 2009

MLO 772, Kg Sri Paya, Kulai.
















Sedar tak sedar sudah hampir setahun meninggalkan tanah Kg Sri Paya, Kulai, Johor. Namun, segala kenangan pahit dan manis senantiasa di ingati ketika menetap bersama Kerol, Jep, Sir & abe Ji. hehe.. Masih belum terlewat (15Syawal 2009) untuk memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah selama ini. Gambar-gambar kereta yang di pos kan ini menandakan kereta-kereta ini pernah 'menetap' bersama di MLO 772, Kg Sri Paya.

Sabtu, 12 September 2009

WCU 5522


Setelah dua tahun lebih menggunakan 'colour' kuning dan bersticker , Akhirnya sekali lagi 'colour' WCU5522 bertukar. 'Colour' ni tak taulah berapa lama lak guna tanpa stickers. haha..

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM


Bermula hari ini, Sabtu 22 Ogos 2009, semua umat islam mula menjalani ibadah puasa. Setelah setahun masa berputar, kini tibalah kembali bulan Ramadhan Al-mubarak. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan selagi termampu, kita di tuntut untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini. ( Teringat di zaman kanak-kanak, bila cuba curi-curi minum air.. Hehe) Sama-samalah kita menunaikan kewajipan ini, semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya.

Isnin, 17 Ogos 2009

GAMBAR FAMILYKU SEMASA KONVO ADIK PEREMPUAN DI UPSI.


Gambar ini di ambil semasa majlis konvokesyen adik perempuan di UPSI, Tanjung Malim, Perak. Majlis berlangsung pada 11 Ogos 2009.

Sabtu, 1 Ogos 2009

MHCC di Lata Lembik, Raub.















































































Sabtu- 01/08/09- Setelah geng-geng TOYOTA berhimpun di Lata Lembik, Raub ,Pahang, kini tibalah pula giliran MHCC ( Malaysian Honda Civic Club) berhimpun di tempat yang sama. Lebih kurang 40 buah kereta menggunakan jentera HONDA telah berkumpul. Mereka di datangkan dari RAUB>KUALA LIPIS> JERANTUT>dan GUA MUSANG. Aku bersama abang dan adik turut 'menjoinkan' diri bersama. (HONDA warna biru tu kami punya la.. ) haha.. Terasa teruja jugak bila melihat puluhan kereta honda civic ni. Semoga di lain masa, ada lagi info dari MHCC.. POWERED BY V-TEC..

Khamis, 23 Julai 2009

Mari Belajar Photoscape..

Ada yang berminat nak belajar photscape? Ia digunakan untuk posting gambar ke blog supaya nampak kemas dan menarik. Mari kita ikuti langkah-langkah berikut:

Pada menu depan fotoscape, pilih menu Viewer. Ini adalah untuk melihat gambar-gambar yang ada dalam simpanan kita..



Klik pada page, petak atau frame sedia untuk dipilih di sebelah kanan. Frame itu adalah untuk kita letakkan gambar-gambar yang kita kehendaki.

Cuba klik pada frame/petak yang berlainan. Paten yang berlainan akan keluar. Pilih petak yang bersesuaian dengan gambar anda supaya ia nampak kemas dan menarik.

Bila frame/petak dah dipilih, cuma klik pada gambar2 yang dikehendaki, tarik(drag) dan lepaskan ke dalam petak/frame anda. Betulkan kedudukan gambar dahulu. Jika tak sesuai, anda boleh delete dengan menekan butang delete.

Anda boleh mencuba fungsi yang lain pada arrow yang ditunjukkan. Lihat kesan pada gambar anda. Border gambar juga boleh ditukar mengikut citarasa dan kesesuaian anda.




Sesudah anda berpuas hati, sila klik save untuk simpan gambar ditempat yang anda tentukan. Pastikan ia diberi nama yang betul, jenis gmbar(jpeg) dan disimpan ditempat yang mudah diingati.

Akhir sekali pilih saiz gambar untuk disimpan. Apabila klik OK, gambar anda telah siap disimpan dan sudah sedia untuk di Upload ke Blog atau dijadikan koleksi peribadi..Selamat mencuba...
Anda belum ada sofware Photoscape? Sila download di sini..PHOTOSCAPE SOFTWARE.

Jumaat, 17 Julai 2009

KUCINGKU MATI











Inilah kucing kami yang kelakar + degil+ kadang2 jahat+ Comel.. Lahir bulan 4/2009.. Mati bulan 7/2009. Kami sekeluarga menamakannya sebagai "paruk". Sedih juga sebab 'Si Paruk' kami ni sangat menghiburkan kami seisi keluarga. Tapi umurnya tak panjang. Tiada lagi gurauan dan larian ke hulu- ke hilir darinya.. Huhu.. :(