Ahad, 19 April 2009

KEBESARAN ALLAH S.W.T

Kebesaran ALLAH S.W.T.. Batu ini tertera kalimah ALLAH.. Ianya di jumpai oleh sahabat saya (cikgu Azhar di sekolah kami (SK TERSANG 3). mula-mula melihat batu ini memang jelas tertera kalimah ALLAH. Maka memang jelaslah ALLAH maha berkuasa. ALLAHUAKBAR..

Sabtu, 18 April 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TERSANG 3




Jumaat, 17 april 2009.. Bertempat di dewan Ibnu Sina, SK Tersang 3 telah berlangsung majlis Anugerah untuk murid-murid yang cemerlang pada tahun 2008. Walaupun pada tahun tersebut saya masih belum mengajar di sini, namun dapat jugaklah saya sama-sama merasai kemeriahannya.. Gambar murid-murid cilik tu pulak adalah murid tahun 1. Mereka mempersembahkan tarian. :)


Selasa, 14 April 2009

MAJALAH KUNTUM & MASKOT KE SEKOLAH TERSANG 3







Hari ini, 14 April 2009, pada jam 11 pagi, Krew-krew majalah Kuntum bersama maskotnya ' SI COMEL' telah datang ke sekolah kami (SK LKTP TERSANG 3). Kami berasa berbangga kerana kesudian mereka datang ke sekolah kami. Murid-murid tidak melepaskan peluang bergambar bersama maskot Kuntum. Semoga sudi-sudilah lagi datang ke sekolah kami di masa hadapan.



Khamis, 9 April 2009

PERTANDINGAN HOKI PERINGKAT DAERAH RAUB




Walaupun hujan turun mencurah-curah pada pagi Khamis (9 APRIL 09), namun kejohanan hoki peringkat daerah Raub tetap dijalankan. Keadaan padang yang becak menjadikan permainan tidak selancar. (bola kerap tersangkut dalam air becak). Macam biasa, tiga zon menghantar wakilnya. Kami yang mewakili zon Batu Talam, menghantar dua pasukan (lelaki & perempuan). Pasukan lelaki mendapat tempat kedua manakala, pasukan perempuan sekadar menduduki tempat ketiga. Tahniah juga di ucapkan kerana mereka telah beusaha dengan bersungguh-sungguh. Lain tahun cuba lagi.


Selasa, 7 April 2009

TRANSPORTKU


Inilah kereta yang membawa saya kemana2 buat masa ni.. Hmm, saya tengah kumpul duit sikit2 utk memberikan satu kelainan kepada 'transportKu' ini. mungkin satu hari saya akan ke negeri yang memang terkenal dengan 'kemurahan' sport rimnya.. WATCH OUT JOHOR.. I'll coming back.

Sabtu, 4 April 2009

Sekolah Kebangsaan POlis Kem 2005-2008

Sekolah yang mula2 saya di postingkan. segala kenangan, suka ,duka akan termaktub bersamanya dan tersimpan buat selama-lamanya. Di sekolah ini juga saya dapat berkumpul bersama-sama cikgu2 bujang yang sangat ramai. (masa mula2 kitaorang posting) memang meriah.. Kepada kawan2 yang masih ada di Polis Kem, semoga terus berbakti dengan murid2 dari Kg Sri Paya, Tmn Manis, Tmn Wawasan, Oil palm, dan lain2.. :)

Khamis, 2 April 2009

LENCANA SEKOLAHKU 1989-1994, 1995-1999

Gambar kecil ni lencana Sekolah Menengah Tersang. saya belajar kat sini dari tahun 1995 Sehingga 1999.. Thanks a lot 4 setiap ilmu yang saya timba.
Inilah lencana sekolah yang mula2 mengajar saya mengenal ABC sampai Z. terima kasih SK Batu Talam. Puas juga saya mencari gambar lencana ni. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa juga. I'm prOud wiTh yOu..

PERTANDINGAN BERCERITA SEK RENDAH 2009

Hari ini 2 April 2009 pertandingan bercerita bagi tahap 1 & 2 Sekolah2 daerah Raub telah di jalankan. Sebanyak 14 buah sekolah telah menghantar wakil, termasuklah sekolah saya (SK LKTP TERSANG 3). Walaupun gagal mendapat sebarang hadiah, tetapi sekurang-kurangnya murid sekolah saya menimba satu pengalaman. Semoga boleh mencuba lagi pada tahun hadapan.