Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM


Bermula hari ini, Sabtu 22 Ogos 2009, semua umat islam mula menjalani ibadah puasa. Setelah setahun masa berputar, kini tibalah kembali bulan Ramadhan Al-mubarak. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan selagi termampu, kita di tuntut untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini. ( Teringat di zaman kanak-kanak, bila cuba curi-curi minum air.. Hehe) Sama-samalah kita menunaikan kewajipan ini, semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya.

Isnin, 17 Ogos 2009

GAMBAR FAMILYKU SEMASA KONVO ADIK PEREMPUAN DI UPSI.


Gambar ini di ambil semasa majlis konvokesyen adik perempuan di UPSI, Tanjung Malim, Perak. Majlis berlangsung pada 11 Ogos 2009.

Sabtu, 1 Ogos 2009

MHCC di Lata Lembik, Raub.















































































Sabtu- 01/08/09- Setelah geng-geng TOYOTA berhimpun di Lata Lembik, Raub ,Pahang, kini tibalah pula giliran MHCC ( Malaysian Honda Civic Club) berhimpun di tempat yang sama. Lebih kurang 40 buah kereta menggunakan jentera HONDA telah berkumpul. Mereka di datangkan dari RAUB>KUALA LIPIS> JERANTUT>dan GUA MUSANG. Aku bersama abang dan adik turut 'menjoinkan' diri bersama. (HONDA warna biru tu kami punya la.. ) haha.. Terasa teruja jugak bila melihat puluhan kereta honda civic ni. Semoga di lain masa, ada lagi info dari MHCC.. POWERED BY V-TEC..