Selasa, 24 Februari 2009

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA

PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MANUSIA MENJADI MISKIN:
1) Banyak berbohong
2) Banyak tidur dalam seharian
3)Pemalas
4)Sewaktu tidur tidak memakai pakaian
5)Makan ketika membuang hadas besar
6)Kerap membakar kulit bawang
7)Menyapu sampah di waktu malam
8)Berjalan di hadapan guru
9)Membazirkan makanan
10)Memanggil ibu bapa dengan nama mereka
11)Cepat keluar apabila masuk ke masjid
12)Mempermudahkan sembahyang
13)Kerap membasuh kedua belah tangan dengan tanah
14)menjahit pakaian ketika di badan
15)Kerap minum dikedai ketika waktu pagi
16)Lambat pulang kerumah apabila keluar
17)Tidak membasuh pinggan selepas makan
18)Memadam pelita dengan hembusan nafas
19)Menulis dengan pen/pensel yang patah
20)Bersikat rambut dengan sikat yang patah
21)Memakai pakaian dengan cara berdiri
22)Tidak berdoa untuk ibu bapa
23)Bersifat bakhil dan kedekut
24)Membazir tak tentu hala
25)Membiarkan binatang-binatang halus berada di dalam rumah
( Di petik daripada BIJAIMIRI AL-KHATIB halaman 155 JUZUK AWAL)
Semoga sama-samalah kita berusaha mencegah daripada menjadi papa kedana.. :)

Ahad, 22 Februari 2009

Secebis Kenangan untuk di ingati


Petang Ahad 22 feb 2009, apabila terasa sangat boring, saya membelek gambar2 yang terdapat dalam koleksi saya. Setelah kusyuk melihat gambar2, saya telihat dua gambar ini. Tiba2 kenangan semasa di Kulai menggamit memori. Hehe.. (macam ayat jiwanglah pulook) Maka, saya masukkanlah juga gambar ini dalam blog. Semoga sama2 kita ingat-mengingati.. Adios..

Jumaat, 20 Februari 2009

19 FEB 2009, pertandingan bola sepak 9 sebelah telah di jalankan peringkat zon. Pertandingan telah bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada jam 1.40 petang. Sk (F) Tersang 03 menggunakan jersi bewarna kuning. Pasukan kami telah berjaya ke peringkat akhir, tetapi tewas kepada SK Satak. bagaimanapun, tahniah di ucapkan kepada semua pemain2..

Selasa, 17 Februari 2009

SUKAN ZON

Hari ini, 17 FEB 2009 telah berlansung sukan zon bagi zon Batu Talam. Terdapat beberapa buah sekolah yang menyertai kejohanan kali ini. Antaranya.. SK Batu Talam, Sk Ulu sungai, Sk Kundang Patah, Sk Semantan Ulu, Sk(F) Tersang 01, Sk (F) Tersang 03(tuan rumah), Sjk(C) Cheroh, Sjk(C) Sg Lui, Sjk(T) Cheroh. Acara yang di jalankan amat meriah. sampaikan saya sendiri berasa penat kerana menjadi hakim lompat tinggi dan lontar peluru.
Antara atlit yang sedang menunggu giliran sebelum acara bermula.







Rabu, 11 Februari 2009

PEMANDANGAN DARI KERETA KABEL

Gambar ini di ambil sewaktu saya pergi ke Genting Highland. Inilah kali pertama pengalaman saya menaiki 'Gondola' ni.. hehe.. Kat Genting kereta kabel ni di panggil 'GONDOLA'.. Kepada yang ingin mencuba pengalaman menaikinya jemputlah datang ke Genting Highland..

Isnin, 9 Februari 2009

Rugby di SK (F) Tersang 03

Hari ini-10 Feb 2009 telah berlansung pertandingan rugby peringkat daerah di padang SK tersang 3. Walaupun saya tidak memahami tentang permainan ini, tetapi dapat jugalah saya memasukkan gmbar ini ke dalam blog saya kerana ianya melibatkan sekolah saya. namun saya tidak dapat bercerita lebih 'detail' tentang perlawanan ini. kepada kawan2 inilah 'update' terkini saya untuk blog kesayangan ini. HAVE FUN.... :)






Khamis, 5 Februari 2009

Gambar murid2 tahun 3 USAHA. Walaupun kelas ini kelas yang 'kurang' sikit, tetapi mereka menunjukkan semangat untuk belajar.. Sebagai guru kelas, saya tetap menganbil berat hal2 mereka. Teruskan semangat untuk belajar.. chaiyok , chaiyok..







Rabu, 4 Februari 2009



Berjumpa lagi dengan maklumat yang baru... Inilah lencana yang menjadi kebanggaan SK LKTP Tersang 03.. Menggunakan slogan " BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL.. Pencipta lencana ni saya tidak pasti la pulak.. Nanti saya tanya kepada orang2 lama ye.. Siapa yang menghasilkan lencana ini..

Isnin, 2 Februari 2009

Bilik guru lelaki SK Tersang 03


Gambar bilik guru lelaki.. cikgu perempuan duduk kat tempat lain. kira tak campurla. Bagaimanapun hubungan kedua pihak masih baik.. tapi, bilik guru ni nampak kosong kerana cikgu lelaki sikit. tu yang kosong.. sofa yang kat depan ni pun sentiasa kosong..

Kursus BPPT di SK kampung Melayu,Kulai


Inilah gambar kenangan bersama sewaktu kursus BPPT pada tahun 2006. Akak yang kat sebelah ni kelakar sangat2.. Tapi jangan main2, dia punya hushband polis yang berpangkat kat Bukit Aman tau. Puas juga nak mencari gambar2 kenangan yang lain semasa kat kulai. cari punya cari, jumpalah sekeping gambar ini. Hmm, mungkin dulu tak terpikir satu hari akan berpindah, maka tak simpan la gambar yang lama2.. Walaupun sudah 3 tahun gambar ni, tuan yang berbaju biru tu masih seperti dulu lagi. takde perubahan pun. hehe..

Gambar untuk ditatapi..


Hai kawan2.. Gambar ni di ambil semasa saya pergi ke Kuala Lumpur menggunakan jalan lama. tak melalui highway.. belakang saya tu terdapat air terjun. Dulu ramai yang berehat & berkelah di sini. Airnya pun dah tak berapa bersih.. Nampak kan air di belakang saya tu.. sekarang ni tak ramai yang menggunakan jalan ni. dah sunyi jalan ni. Saya nak berhenti ambil gambar pun pikir 2-3 kali.. tapi, khas untuk tatapan kawan2, saya berhenti & ambil gambar. Kepada kawan2 kat Kulai @ di mana jua anda berada, ini gambar saya SPECIAL untuk kalian.. hehe..

Ahad, 1 Februari 2009

Antara alat muzik yang terdapat di Sk Tersang3.. Para pelajar begitu berminat untuk mempelajari teknik bermain alat perkusi ini. InsyaALLAH, kalau ada bajet, sekolah kami akan membeli satu set Drum yang lengkap.. Berkemungkinan juga pancaragam sekolah akan di buka. Nantikan apa2 perkembangan mengenai muzikal di SK Tersang 3 ok!!


Bangunan depan sekolah saya.. dapat baca kan? ye, SK LKTP TERSANG 3.. Pandai pun. Inilah gambaran blok paling hadapan sekolah Tersang 3.. Kalau tak hujan, perhimpunan hari isnin diadakan di dataran hadapan inilah.. pintu pagar hadapan pun terletak di kawasan ini, selain dari garaj kereta. kereta yang anda nampak tu adalah kereta yang tak cukup garaj.. hehe. biaselah, sape yang cepat dia dapat kan... di ruang sebelah kanan tu ada kolam ikan. terdapat ikan jenis Subakin, koi, dan mcm2 lagilah.. seronok juga tengok ikan ni hari2..

Blok perpustakaan SK (F) Tersang 03


Inilah gambar blok yang menempatkan perpustakaan, bilik kaunseling, kelas pemulihan dan kelas tahun 5 Maju.. Perpustakaan terletak di tengah2, bersebelahan dengan bilik kaunseling. manakala, kelas pemulihan pula terletak di basement. Di tingkat atas pula, di tempatkan kelas tahun 5 Maju. Sebenarnya, bersebelahan kelas 5Maju, terdapat kelas 5 Usaha, tetapi disebabkan terdapat beberapa faktor yang menghalang, maka kelas 5 Usaha di pindahkan ke tempat lain. tinggallah kelas 5 Maju sahaja di tingkat yang paling tinggi ini.

Bermain gajah di Kuala Gandah, Mentakab


Masa gambar ni di ambil, saya dengan shuk tengah seronok melihat pelancong luar sedang bermandi-manda dengan gajah.. walaupun tempat ini dekat dengan tempat saya, namun ni kali pertama saya sampai di sini. lagi satu, saya datang dengan orang johor tu.. (hehe..Shuk la sape lagi) puas juga kami menunggu gajah untuk beraksi.. lama menunggu barulah kami dapat melihat gajah bermain air di sungai. kepada yang berminat untuk melihat gajah bermain air, bolehla datang ke sini, bermalam di hotel yang di sediakan dan bermain dengan gajah. ramai pelancong tau.. hehe..

Kemeriahan hari guru di SKPK


Kepada semua murid SKPK diharapkan semoga belajar bersungguh-sungguh. ada masa, ada rezeki kita pasti akan berjumpa lagi.. cikgu akan tetap ingat kenangan kita di SK Polis Kem.. Jumpa lagi.

Mari belajar bermain Golf


Terima Kasih daun keladi kepada guru besar Sk Polis Kem, En Yusuf Ahmadi(sekarang beliau telah bertukar sekolah) pada hari guru yang lepas, tahun 2007 kalau tak silap saya, beliau dengan sukarela telah mengajar kami teknik-teknik bermain Golf.. Hah? cuba tengok rumput yang tercabut tu? Tapi, bukan saya yang pukul sampai tercabut tu. hehe.. Semasa hari pembelajaran ini berlangsung, ada satu peristiwa yang melucukan kami.. Hmm, tak yah cerita lah ek.. geng-geng yang ada masa tu pasti mengingatinya.. kita simpan sama-sama kisah klakar tu ye..

KeretaKu yang ke-2


Setelah kemalangan kereta yang pertama, kereta ini menjadi kereta ke2 muncul dalam hidupku.. Impian untuk memiliki kereta ini terbit setelah melihat seorang sahabat yang bernama Zul memilikinya.. Kalau tak salah, kereta beliau bernombor JCX3335. Tengok saudara Zul memiliki kereta sedemikian, maka dengan bantuan ayahanda tersayang, saya dapat memiliki kereta ini. memang terasa kepuasan memiliki kereta ini. sepanjang tahun 2008, di Kulai saya menggunakan kereta ini. Sekarang ianya telah berpindah tangan kepada adik saya yang bongsu. nak jual sayang.. bagi kat adik jelah.. masih boleh tengok hari-hari lagi..

Kereta Kebanggaanku.



Ada tak sesiapa yang masih ingat pada kereta ini? Haa, inilah kereta yang mula-mula saya bawa masa 1st time sampai kat Kulai.. Tapi, dulu warna dia putih.. nasib kurang baik, pada pertengahan 2007, saya mengalami kemalangan dengan kereta ini. Kemalangan kat Yong Peng, Johor. Waktu hendak balik ke Kulai. Sekarang kereta ni ada kat belakang rumah.Bawah Garage.. Banyak yang nak kena buat untuk menjalankannya semula. sayang jgak saya kat kereta ni.. Apepun, saya tetap takkan menjual kereta ni. Nak simpan sampai bila-bila. SWEET IN MEMORIES..





Hari Sukan kat SK Polis Kem 2008



Gambar saya dengan cikgu Fatimahaini. Fatimahaini ni orang yang rajin bab-bab sukan ni.. Saya sendiri tak rajin macam dia.. hik hik.. Gambar ni waktu sukan sekolah sedang berjalan..Kami guru Rumah kuning.. Sama-sama latih, pilih budak untuk acara sukan. Meriah jugak sukan kat SKPK ni.. gambar ni di ambil oleh Cikgu.. Alwi. sape lagi yang biasa ambil gambar kalau bukan orang lama SKPK.. hehe. terima kasih cikgu Alwi.. Ada jugak kenangan masa sukan kat polis kem kan.. kalau nak tau, tukang ambil gambar ni pun rumah kuning jugak. hehe.. tapi takde buyers pun..





Murid moral di SKPK tahun 2007



Nak kenal dengan kami?? Dari kiri, Victor, Juswa, Esther, Purani dan Shalini.. Gambar ni di ambil selepas belajar moral. sekarang Esther dengan Juswa sudah berpindah.. Yang lain masih di SKPK.. Cikgu yang mengajar moral untuk murid ni pun sudah berpindah.. Hmm.. Sayalah. Cikgu Bazrul.. Bagaimanapun, kenangan akan kekal selamanya.





Kenangan kat air terjun kota tinggi


Waktu gambar ni di ambil, kitaoarang dah abis mandi.. nak balik dah ni.. hujan pun masih mandi lagi.. huhu.. tapi memang syok.. ini last saya mandi kat air terjun ni.. tak taula bila lagi. shuk dgn kerol yang ada dalam gambar ni. yang lain salin baju masa ni.. ada masa, mungkin akan pergi lagi. tapi nak masuk semakin mahal.. tak tahu la bila berkesempatan lagi pergi ke sini.